[Event] Story About B1A4 Hi-5 Fan Meeting in Malaysia 2012

by - Monday, October 01, 2012


Seronok yang tidak terhingga rasanya~ (^_^)v
Sebenarnya, saya meminati semua kumpulan & artis Korea, tidak kira siapa mereka - asalkan dari Korea, saya sudah tentu akan meminati mereka, - lebih-lebih lagi apabila mereka datang ke Malaysia.
Saya tidak fokus untuk minat pada 1 @ 2 kumpulan K-Pop @ artis Korea, sebaliknya saya meminati ramai artis K-Pop terutama kumpulan lelaki @ artis lelaki K-Pop. (^_^)


Secara jujur, saya tidak mengenali sangat kumpulan B1A4 ini malah nama mereka juga saya tidak ingat. Saya cuma minat gitu saja tetapi selepas saya pergi fan meeting ini saya terus ingat nama setiap members B1A4 & saya juga sudah mengenali mereka dengan baik. (^_^)
Kebetulan semasa saya buka FB, saya nampak FB Jazzy Group yang post tentang event ini. Saya cuba telefon Jazzy Group untuk tanya tentang pass event ini masih ada @ tidak. Saya rasa mungkin saya bertuah kerana pass event ini masih ada lagi. Sebenarnya jika kita membeli CD B1A4 melalui Jazzy Group, kita akan dapat 1 poster B1A4 dan 1 pass B1A4 Hi-5 Fan Meeting in Malaysia 2012. Saya buat keputusan untuk pergi ke event ini kerana saya lapang masa tarikh event ini & dalam masa yang sama saya mahu lihat mereka secara dekat. (^_^)


Event ini bermula pada jam 4 petang, tetapi mereka muncul di event ini pada jam 4.15 petang & tamat pada jam 5 petang. Tempoh event ini hanya dalam masa 45 minit saja tetapi kegembiraannya yang tidak terhingga rasanya sehingga sekarang, malah sekarang ini saya masih asyik tersenyum apabila mengingat peristiwa ini. (^_^) Mari saya ceritakan~


Sebelum mula, MC event ini beritahu semua Malaysia Bana untuk beratur 1 baris semasa sesi Hi-5 & dia juga meminta kami menjerit "Saranghaeyo B1A4" semasa mereka masuk, semasa event & tamat event. 
Apabila MC beritahu yang B1A4 telah tiba, kami mula menjerit "Saranghaeyo B1A4" & dalam beberapa minit B1A4 naik ke pentas dengan berpakaian biasa tetapi mereka masih nampak kacak, kemas, sopan, putih & tinggi. (^_^)
Mereka membuat "Love sign" apabila mereka dengar Malaysia Bana menjerit "Sarangahaeyo B1A4". Sandeul, JinYoung, & Baro nampak gembira sekali masa itu berbanding dengan CNU & Gongchan.




Tengok video ini kerana video ini saya rakam semasa B1A4 masuk sehingga mula sesi Hi-5. Video ini hanya dalam tempoh lebih kurang 5 minit saja. Video pertama ini, mereka kenalkan diri mereka pada Malaysia Bana. (^_^) 
P/S: Saya minta maaf jika video bergoyang kerana ramai yang tolak saya semasa saya buat rakaman.


Kemudian bermula sesi Hi-5 dengan members B1A4. Pertama dengan CNU, -> kedua dengan Baro, -> ketiga dengan JinYoung, -> keempat dengan Sandeul, -> & yang terakhir dengan Gongchan. Seramai 400 Malaysia Bana dapat Hi-5 dengan mereka tetapi ada juga Malaysia Bana yang peluk mereka.
Walaupun ada niat di dalam hati ini rasa mahu peluk mereka tetapi saya fikir hormat pada diri sendiri, agama, & mereka. (Minat~ Minat juga~ Tapi ada batasnya juga~) (^_^)
Semasa giliran saya Hi-5, CNU hanya Hi-5 biasa saja dengan senyuman yang menawan sambil berkata "Thank You." - Baro pula dia genggam tangan saya sambil goyang & berkata "Thank You." - JinYoung~ (^_^) Betul-betul romantik!~ Kenapa?~ Macam ini~ Dia pegang tangan saya seperti BF & GF malah dia balas apa yang saya kata padanya. Saya kata padanya "Annyeonghaseyo~ Nice to meet you here." Kemudian dia balas "Ne, annyeonghaseyo. Nice to meet you too." Saya betul-betul sudah jatuh cinta pada JinYoung.. JinYoung-ah! Saranghae~~~  - Sandeul , dia pengang tangan saya sama seperti Baro. Begitu juga dengan Gongchan~ (^_^)




Video ini saya rakam semasa sudah tamat sesi Hi-5 bersama B1A4. Dalam kata lain, mereka ucapkan selamat tinggal pada Malaysia Bana. B1A4 ada juga cuba bercakap dalam Bahasa Melayu~ Ayat yang paling popular adalah "Aku Cinta Kamu." Tengok la... (^_^)
Tamat saja event ini, saya dapat tahu mereka pergi shopping di One Utama, Damansara sebelum pulang ke Korea pada malam itu juga. Di sini, saya beri link folder gambar yang saya ambil masa event itu.


Nie pula link YouTube saya~


Oh ya~ Hari ini Jazzy Group beritahu di FB & Twitter mereka, sesiapa yang beli CD B1A4 & A Pink dari mereka akan dapat rebate iaitu untuk B1A4 akan dapat RM 80 & A Pink akan dapat RM 90. Tetapi kita hanya boleh ambil apabila selepas 2 bulan kemudian, di pejabat Jazzy Group. Untuk sesi ambil rebate ini, bawa sekali resit & pass event ini. (^_^) Stay Tune dengan FB & Twitter Jazzy Group untuk maklumat lanjut.





You May Also Like

0 comments