[Beauty] Product Nature Republic

by - Tuesday, October 16, 2012


Dalam tahun 2012 ini, hampir 96% produk kecantikkan saya terdiri daripada produk kecantikkan Korea. Antara jenama produk Korea yang saya gunakan adalah The Face Shop dan Nature Republic. Selama saya menggunakan produk kecantikkan Korea ini, hasilnya sangat memuaskan hati saya. Saya mula memakai produk kecantikkan Korea ini sejak pertengahan tahun 2012, malah saya lebih memberi penekanan terhadap penjagaan kulit muka kerana saya tertarik dengan kulit muka artis K-Pop yang lebih licin dan cantik dari saya. (^_^)



Hari ini, saya tergerak hati untuk mencuba produk dari Nature Republic pula selepas saya mengunakan produk dari jenama The Face Shop. Memandangkan Mask muka saya telah habis, jadi saya mahu mencuba Mask muka Nature Republic. Maka Juru Perunding Kecantikkan Nature Republic kenalkan pada saya "Given By Flower Daisy Mask Sheet" untuk memutihkan kulit muka.



Mulanya saya hanya mahu mencuba "Whitening Mask" saja tetapi apabila juru perunding kecantikkan Nature Republic itu mendapat tahu saya mencari produk untuk memutihkan kulit - dia memperkenalkan pada saya produk ini "Pearl De Ocean Whitening Pearl Cream" dan dalam masa yang sama saya juga akan mendapat percuma 2 Mask muka "Astaxanthin Power Mask Sheet". Dia beritahu saya yang Mask ini tidak untuk dijual, malah Mask ini tidak dijual sebagai salah satu produk mereka, cuma akan mendapat secara percuma selepas membeli "Pearl De Ocean Whitening Pearl Cream" ini.


Kemudian, dia memperkenalkan pada saya dengan produk " Blackhead Breake 3-Step Kit". Ini adalah salah satu produk Nature Republic yang paling laris kerana hasilnya sangat memuaskan hati pelanggannya. Cara mengunakannya adalah dimulakan dengan "Pore-opening Toner" untuk melembutkan blackhead sebelum kita keluarkannya. Kemudian kita terus memakai "Serum-cleaning Nose Pack" untuk keluarkan blackhead  pada kawasan yang kita mahu keluarkan. Akhir sekali kita gunakan "Pore-tightening Serum" untuk kecilkan liang roma pasa kawasan yang kita telah keluarkan blankhead itu. Tetapi diingatkan supaya membasuh muka dahulu sebelum menggunakan "Blackhead Brake" ini.



Akhir sekali, antara produk yang paling laris dari Nature Republic adalah "Smoothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel". Produk ini boleh digunakan dalam pelbagai cara seperti untuk mask muka, mask rambut, & lain-lain lagi.
Ini adalah antara produk dari Nature Republic yang saya gunakan. (^_^)

You May Also Like

0 comments