[Project] Belajar Bahasa Korea Sambil Bergembira Dengan K-Pop


“Projek Belajar Bahasa Korea Sambil Bergembira Dengan K-Pop” ini adalah untuk membantu peminat K-Pop yang mahu belajar Bahasa Korea sebagai bahasa tambahan dalam kehidupan mereka selain mengetahui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Memandangkan ada di antara peminat K-Pop yang tahu sedikit sebanyak perkataan Bahasa Korea –  yang belajar melalui rancangan Korea di TV atau YouTube. Malah ada juga di antara mereka yang mahu belajar bahasa Korea dengan lebih serius tetapi mempunyai banyak halangan yang tidak dapat dielakkan seperti tidak ada masa untuk belajar di Kelas Bahasa, tidak mempunyai wang untuk belajar di Kelas Bahasa, tiada bimbingan, susah untuk mencari buku belajar Bahasa Korea yang sesuai dan lain-lain lagi.

Saya bercadang untuk membuat projek ini bagi membantu sesiapa saja yang mahu belajar Bahasa Korea dan untuk mengisi masa lapang. Projek ini tiada guru yang mengajar sebaliknya kita akan belajar bersama-sama secara berkumpulan, di mana kita akan belajar melalui SNS seperti Skype, YM dan lain-lain lagi. Kita juga akan membuat perjumpaan apabila mempunyai masa lapang dan kita akan berjumpa di sekitar KL atau Selangor untuk mereka yang tinggal di sekitar KL dan Selangor. Pada mereka yang tinggal di luar kawasan KL dan Selangor, tidak perlu risau kerana kita masih boleh berjumpa melalui webcam atau telefon melalui Skype. Jika saya melancong ke tempat luar Selangor, saya akan berjumpa dengan semua rakan yang masuk projek ini.

Projek ini bukan untuk keuntungan sebalik untuk berkongsi ilmu dengan semua orang dan juga dalam masa yang sama kita boleh berkongsi minat dan cerita yang sama iaitu mengenai K-Pop.

Projek ini dibuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk belajar Bahasa Korea dan bersungguh-sungguh untuk belajar Bahasa Korea. Mereka yang memohon perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam semasa “study group” melalui SNS seperti Skype, YM, dan lain-lain lagi. Kita akan membuat “study group” sebanyak 2 kali seminggu dan mengikut keselesaan semua orang yang mendaftar masuk. Saya akan semak semua senarai yang telah mendaftar masuk dalam projek ini untuk buat kumpulan kecil dan saya akan tetapkan beberapa kumpulan dalam projek ini. Setiap kumpulan akan diketui oleh saya sendiri. Bahan bacaan dan rujukkan untuk belajar Bahasa Korea telah ada tetapi ia perlu dibincangkan semula kerana saya perlu buat salinan untuk diedarkan kepada mereka yang memohon dalam projek ini.

Kepada sesiapa yang berminat boleh e-mail maklumat peribadi anda pada saya :- lee.enany@gmail.com

  1. Nama sebenar
  2. Nama gelaran
  3. Umur
  4. Alamat
  5. E-mail
  6. No. tel
  7. Nama FB, Twitter, me2day, skype, YM
  8. Senaraikan artis K-Pop yang di minati
  9. Nyatakan sebab untuk sertai projek ini
P/S: This project is already close! Please wait another project. Thanks...

Nina Enany

No comments:

Post a Comment

Instagram