[News] Kehangatan Konsert Pertama BIGBANG di Malaysia 2012

by - Thursday, October 25, 2012


Mungkin ada di kalangan peminat K-Pop terutama pada Malaysian VIP boleh teka berita yang hangat diperkatakan dalam minggu ini. Apabila lihat gambar pentas yang masih dalam pembinaan ini, mungkin ada yang dapat teka jawapannya. (^_^)
Ya, Betul!! (^_^)
Itu adalah pentas konsert BIGBANG di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pentas ini mula dibina pada 22hb Oktober 2012. Hari ini bersamaan dengan 25th Oktober 2012, BIGBANG akan sampai di KLIA dalam jam 8 malam dari Manila, Filipina dengan menaiki Malaysian Airline. Ramai Malaysian VIP yang menyambut BIGBANG di KLIA, hari ini. Tetapi saya rasa sedikit sedih kerana saya tidak dapat menyambut mereka di KLIA disebabkan saya bekerja. Tetapi tidak mengapa, kerana saya akan berjumpa dengan BIGBANG pada hari konsert mereka iaitu hari Sabtu ini (27hb Oktober 2012) di Staduim Merdeka, Kuala Lumpur. Mereka akan membuat rehearsal pada 26hb Oktober 2012. Mungkin ada Malaysian VIP yang bertuah dapat pass masuk rehearsal mereka esok yang ditaja oleh 8TV.


BIGBANG akan menghiburkan hampir 16,000 Malaysian VIP pada hari konsert mereka nanti. Malah, sempena untuk menyambut BIGBANG buat kali pertama datang ke Malaysia ini, fan club Malaysian VIP iaitu BB1st, My-vip, Yg-Hype, @BigBang Malaysia dan MYVIPs akan membuat fan project untuk meriahkan lagi konsert BIGBANG ini. Antaranya,  BIGBANG Bus Project, BIGBANG Banner, dan ada banyak lagi yang akan menanti semasa hari konsert nanti. 


BIGBANG Bas Project (No. 79 SJ BUS) telah memulakan operasinya pada 13bh Oktober 2012 dan ia akan berlangsung selama sebulan. Bas ini melalui kawasan Ampang - Masjid Jamek, secara tepat ia akan melalui Korean Village di Ampang dan terus ke KLCC Twin Towers. Malaysian VIP masih berpeluang menaiki bas ini walaupun selepas konsert BIGBANG.

Sekarang ini saya sibuk menghafal fanchart BIGBANG iaitu lagu Until Whenever yang ditulis oleh Kwon Jiyong atau G-Dragon. Kami akan menyanyikan lagu ini semasa encore konsert mereka nanti. Kemudian, kami akan meraikan Hari Lahir TOP. 

Apa yang saya harapkan, semasa konsert BIGBANG nanti hari tidak hujan seperti semua orang tahu sejak dua minggu ini hampir setiap hari hujan di Malaysia. Harap semuanya berjalan dengan lancar.
BIGBANG WELCOME TO MALAYSIA!! WE WILL MEET SOON!!!
#SELAMATDATANGBIGANG

You May Also Like

0 comments