[Beauty] Produk Korea Kegemaran Saya~

Seperti mana yg kita tahu - banyak produk Korea telah menebusi pasaran Malaysia terutama produk kecantikkan. Antara jenama produk Korea yg terdapat di Malaysia adalah The Face Shop, Nature Republic, Etude House, Holika Holika, & Skin House... Nie yg saya tahu... (^_^)


The Face Shop


Nature Republic


Etude House


Holika Holika


Skin Food


Ramai di antara pelanggan mereka adalah terdiri daripada remaja perempuan & peminat K-Pop di Malaysia. Nie mungkin kerana mereka mengunakan artis K-Pop sebagai Duta produk mereka bagi mempromosikan produk mereka, malah sekarang K-Pop amat dikenali di seluruh dunia - dengan ini adalah salah satu cara untuk melariskan produk mereka. 
Tetapi ini tidak bermakna yg produk mereka tidak bagus, sebaliknya bagi pendapat saya produk Korea sangat sesuai dengan kulit wanita Asia termasuk kulit untuk wanita Malaysia.

Malah sekarang nie, saya menjadi penguna tetap untuk produk dari The Face Shop kerana produk The Face Shop amat sesuai dengan kulit saya yg agak sensitif & sedikit berminyak nie. (^_^) 
Nie antara produk The Face Shop yg saya guna sekarang...


Sebelum nie saya mengunakan produk L'Oreal - Derma Denesis, Pore Minimising Smoother. Saya telah mengunakan produk L'Oreal ini hampir 5 tahun tetapi produk nie telah dihentikan pengeluarannya disebabkan tidak mendapat sambutan di Malaysia.


Disebabkan nie saya mula mencuba produk dari Korea & produk yg menjadi pilihan saya adalah produk dari The Face Shop. Mulanya, saya rasa agak takut untuk mencuba produk lain & baru tetapi saya dengar ramai pelanggan mereka memberi muaklum balas yg baik  setelah mengunakan produk dari The Face Shop.

Produk The Face Shop yg pertama saya guna adalah: 


Pure Water Facial Mist - Jeju Flower

Produk nie sesuai untuk semua jenis muka terutama pada para remaja. Ia untuk seimbangkan tahap kelembapan & minyak pada muka semasa berada di luar rumah malah ia sesuai digunaka semasa mempunyai solekkan pada muka, malah ia berfungi untuk menyegarkan muka.

Kemudian saya mencuba produk lain dari The Face Shop antaranya : 


Herb Day Cotton - Prefect Cleansing Wipes with Tea Tree

Nie adalah langkah pertama sebelum mencuci muka, ia berfungsi untuk mencuci muka kita dari kekotorkan & solekkan pada muka kita. Ia juga sesuai untuk kulit yg jenis berminyak kerana kainnya juga lebih lembut untuk lap muka kita.


White Secret - Fresh & Purity - Whitening Body Essence

Nie lotion untuk memutihkan kulit badan, malah ia tidak melekit & berbau harum semasa memakainya.


Soul - Sweet Pleasure

Nie adalah minyak wangi, baunya sangat harum & sesuai utk wanita.


Pore Minimizee - Controlling Clay Mask

Nie Mask untuk muka bagi mengecilkam liang muka. Ia digunaka dalam 2 kali seminggu saja. Muka perlu di cuci semula setelah memakai Mask nie.


Natural Sun AQ - Oil-Cut Sun Cream - SPF 40 PA++
[Super Antioxidant - Acaiberry]

Sun block nie untuk melindungi kulit muka kita dari menjadi gelap & cahaya UV yg bahaya pada kulit kita. Ia juga sesuai untuk kulit yg berminyak.



New Zealand - Volcanic Clay
Black Head Charcoal Nose Strip

Nie adalah produk baru yg The Face Shop keluarkan di Malaysia. Ia amat berkesan bagi saya kerana black heat saya dapat dibersihkan dengan baik setelah mengunakan produk nie. Malah black heat pada hidung saya dapat diberishkan dengan baik sekali.



Clean Face - Spot Corrector

Nie untuk menghilangkan parut jerawat di muka. Ia berkesan bagi saya. Walaupun ianya mengambil masa yg agak lama untuk melihat kesannya.


Face it - Oil Cut Pore Balm

Nie adalah base & ia langkah pertama sebelum menyapukan BB cream pada muka kita tetapi ia adalah langkah kedua selepas sapu sun block pada muka. Ia membantu kulit muka kita nampak lebh licin dari biasa.



Face it - Oil Cut Power Pact

Nie bedak muka, ia menjadikan muka saya nampak lebih gebu dan cantik.


Nie antara produk The Face Shop yg saya guna sekarang, sememangnya produk nie mahal sedikit tetapi ia sesuai dengan kulit saya jadi saya akan terus mengunakan produk dari The Face Shop. (^_^)

Nie laman web rasmi The Face Shop untuk maklumat lanjut: http://www.thefaceshop.net.my/

Saya juga ada mengunakan produk selain dari The Face Shop, antaranya : 



Skin Recovery - Cucumber Collagen Mask 

Mask nie digunakan dalam 2 kali seminggu untuk membaiki kulit muka yg rosak.




Organic Bambusland - Bamboo Tea
Favor - Pomegranate, Lemon, Original.

Teh nie adalah dari buluh & ia tidak mengandungi caffeine. Ia sesuai diminum bila-bila masa & ia produk dari Korea.

Nie antara produk dari Korea yang saya guna dalam kehidupan seharian saya, saya sebenarnya mahu berkongsi pada semua tentang kegemaran saya mengenai produk Korea. Jika ada siapa mahu berkongsi pada saya tentang produk mereka silakan... (^_^)

Nina Enany

1 comment:

  1. Produk dari face shop, nature republic dan etude house nie orang islam boleh pakai ke???

    ReplyDelete

Instagram